Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 30, 2014

BulanMADU || 2nd BALI

Lepas g langkawi kitorang terus ke BALI
bulan madu seterusnya..

hehehe..Alhamdulillah
walaupun flight delay tetap sampai bali sebelum gelap.

DAY 1

nak g boarding hall kena naik train KLIA


datang2 lepas check in terus ambik gambar dulu.
nak tunjuk kat family nanti.
yang ni balkoni kat resort kitorang.
Bakung Beach Resort
dekat ngan pantai KUTA


kat resort yang ala2 taman

encik suami tercinta


ni bilik kitorang.
luas kan. murah je ni.
rm110 camtu klo tak silap sekali ngan breakfast.
tapi kitorang tak makan cni.
sebab supir kitorang suggest mkn luar je.



malam tu kitorang jalan kat area2 resort.
kat cni banyak hiasan dan ukiran yang macam patung2.
menyeramkan je tengok


jalan kat mall kejap.
dekat2 ngan resort


masa ni ada kereta kuda tengah lalu.
hehe..cepat2 bgambar tapi tak smpat juga nak kjar. hehe


DAY 2

kitorang dah siap2 tunggu supir


sempat2 ambil gambar kat resort dulu


sebelum tu supir g isi minyak dulu 
pastu g tengok barong dance


ramai betol audience masa ni.
dalam banyak2 ni boleh pulak encik suami jumpa kawan dia.
hehe..mana2 ada ja kawan dia. siap kat bali lagi


barong dance ni dia cerita pasal dewa2 dorang
tak paham apa dorang cakap.
bahasa sanskrit.
nasib baik ada bg sinopsis


sampai kat bawah dorang duduk.
siap bentang tikar lagi




encik suami bergambar dengan pemain muzik.
hehe..yang sorang tu mcm pelik je tengok..


yang ni belakon watak syaitan/jin klo tak silap


ni pula singa 

lepas siap kitorang g tempat pembuatan barang kemas

semuanya handmade


ni dia tunjuk bahan2 yang digunakan

pastu kitorang g kat galeri lukisan..
semua nya lukis sendiri oleh orang tempatan.
kat Bali ni memang terkenal dengan kesenian


sempat juga beli lukisan tu untuk rumah kitorang.
rumah yang xtau bila la baru ada..hehehe

pastu kitorang g kat cni. 
kat padi bukit


Sawah Padi Tegalang
cantik betul tempat ni. serius cantik.
kamera ngan model je xbapa nak cantik. hehehe


konon2 romantik gitu



tengahari pulak kitorang g kat kintamani.
g makan tengahari. tempat nya sejuk sangat.
yang penting cni halal dan ada tempat solat.
walaupun menggigil ambil wuduk.
rasa guna air ais je. hehehe

makanan buffet. sedap sangat.
tapi harga boleh tahan.
rugi untuk piey yang tak kuat makan.hee


minum air panas memang terbaik masa ni..heheh.layan


baru lepas hujan. x nampak sangat gunung kintamani




yang ni nampak sikit ja.


lepas habis makan kitorang g kat tempat pemprosesan kopi luwak.
biji kopi luwak ni diambil dari buangan binatang bernama luwak.
kira kita makan bekas poops dia lah.
eeee..hahaha. dia bersihkan dulu laaaa
tp sies sedap air kopi dia


yang welcome drink ni free je..



ni dia semua kopi tadi..sedap tp sayang tak abis 
sebab piey tak minum kopi sangat




pastu kitorang g plak kat Tanah Lot


pelik je orang sebelah tu tengok. hehe






suami ajak g situ. tp piey tak berani. macam licin je


so kitorang bgambar je lah. hehe




sempat pulak orang puteh ni kacau selfie kitorang


supir bagi kitorang lepak sini sambil tunggu matahari terbenam.
ok..yang ni memang hobi kami laki bini.
kat Miri dulu hampir tiap petang tengok sunset.
sekarang bukan sunset je. sunrise pun dah leh tgok sama2. heheh






DAY 3

hari terakhir tu kitorang g kat pantai.
cantik sangat pantai ni.
lagi2 lepak baring kat cni.
xleh mandi kta tengok je lah kan.heheh




biru je pantai dia.

pastu kitorang g kat kuil yang banyak monyet tu.
cantek betol tempat ni
 \
air dia biru je.
tempat ni ala2 macam tembok cina.
ada tembok yang panjang spanjang lereng tu





pastu kitorang g kat tanjung benoa.
buat seasport.
tapi gambar takda la pulak.
kitorang naik flying fish
naik jetski
ngn diving.
yang diving ni memang gila laaaa...
rasanya first & last kot.
kalo suami ajak biar dia selam sorang2 je lah..hahahaah


last sekali malam tu supir bawa kitorang g makan kat jimbaran.
the best moment ever..

supir dah siap book meja untuk kitorang betul2 kat depan pantai.
memang romantik. makan sambil tengok sunset


yang kat tepi pantai tu orang jual jagung bakar











makanan seafood..memang kegermaran kami..
hehehe..
sambil makan ada pulak busker g meja ke meja 
nyanyi untuk ktorang.
romantik gila..
suami pulak tiba2 pegang tangan. memang terharu.
cuti & honeymoon terbaik kitorang ^^.

maka
berakhir sudah percutian kami di BALI..
next..SABAH..hehe



0 comments:

Related Posts with Thumbnails